Saturday, August 29, 2009

PEMULIHAN BIASA, PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN

PERBEZAAN ANTARA PEMULIHAN BIASA, PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN

Lima faktor yang sering dikaitkan dengan masalah pembelajaran ialah faktor pembelajaran, faktor peribadi, faktor kecerdasan, faktor fizikal, dan faktor psikologi.
1.      Faktor Pembelajaran … Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak, strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai, dan bahan bantu mengajar kurang menarik minat murid.
2.      Faktor Peribadi … Kemiskinan (terpaksa bekerja, tiada galakan ibu bapa) dan persekitaran sosial (persekitaran daif dan tidak menggalakkan pembelajaran).

3.      Faktor Kurang Kecerdasan … Murid kurang kecerdasan lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Hal ini berlaku disebabkan, antara lain, keturunan ibu bapa, kelahiran tidak normal seperti tidak cukup bulan, kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan, dan kekurangan makanan yang berzat.

4.      Faktor Fizikal … Hal ini berkait rapat dengan faktor kesihatan dan kekurangan zat makanan. Murid yang kerap sakit tidak hadir ke sekolah dan ketinggalan pelajaran. Mereka yang kekurangan zat makanan cepat letih dan kurang tumpuan terhadap pelajaran.
5.      Faktor Psikologi … Hal ini berkait rapat dengan masalah emosi. Murid yang bermasalah dari segi emosi biasanya mereka mempunyai perasaan takut, benci, pemalu dan rendah diri.
PERBINCANGAN
Kelima-lima masalah yang dinyatakan ini boleh menjadi faktor untuk memulakan satu tindakan pemulihan. Walau bagaimanapun ada banyak masalah pembelajaran yang tidak sesuai ditangani dengan strategi pemulihan seperti ponteng, masalah kehadiran kerana ibu bapa kerap berpindah, murid tidak belajar kerana kekurangan guru, murid terpaksa belajar dalam kelas gabungan, jumlah murid dalam satu kelas terlalu ramai sehingga guru tidak dapat memberi perhatian kepada individu, sekolah banyak terlibat dalam aktiviti luar sehingga menjejaskan jumlah waktu interaksi dengan murid di dalam bilik darjah dan sebagainya.

Mari Mengenal Bunyi

Vokal dan Konsonan
Abjad rumi bahasa Malaysia ada 26 huruf, seperti dalam susunan ABC. Dari 26 huruf ini, ada 5 huruf melambangkan 6 bunyi vokal. Huruf-hurufnya ialah huruf a,e,i,o,u.
a bunyinya /a/ seperti ana
i bunyinya /i/ seperti ini
u bunyinya /u/ seperti ulu
e bunyinya /e/ seperti emak
Juga /e/ seperti lereng
o bunyinya /o/ seperti obor
Huruf e digunakan untuk melambangkan dua bunyi vokal. Sila lihat Kemahiran asas membaca no 4.
Huruf e pepet juga dikenali sebagai e bertanda di atas iaitu e’ dalam ejaan lama atau ejaan Rumi Za’ba (sebelum tahun 1972). Tanda diakritik di atas e pepet [e’] tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang.
Dalam sistem ejaan Rumi, ada 26 huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan (termasuk beberapa bunyi sekunder). 21 daripadanya ialah :
b bunyinya /b/ seperti baba
c bunyinya /c/ seperti cucu
d bunyinya /d/ seperti dada
f bunyinya /f/ seperti fifi
g bunyinya /g/ seperti gigi
h bunyinya /h/ seperti hala
j bunyinya /j/ seperti jala
k bunyinya /k/ seperti kuku
bunyinya /?/ seperti perak
l bunyinya /l/ seperti lala
m bunyinya /m/ seperti mama
n bunyinya /n/ seperti nona
p bunyinya /p/ seperti pipi
q bunyinya /q/ seperti qari
r bunyinya /r/ seperti raga
s bunyinya /s/ seperti susu
t bunyinya /t/ seperti titi
v bunyinya /v/ seperti volvo
w bunyinya /w/ seperti wau
x bunyinya /x/ seperti xelofon
y bunyinya /y/ seperti yu
z bunyinya /z/ seperti zoo
Huruf q digunakan hanya untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya Quran, Aqiqah.
Huruf v pula digunakan untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Contohnya versi, volvo.
Manakala huruf x pula hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z . Contohnya xelofon.

“Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.

        Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.
Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi. 
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.
 
Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.
Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3
 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana

• Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.

• Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
 
• Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan.

Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak 
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

• Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
• Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
• Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
• Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
• Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
• Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
• Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
• Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

Kesan tidak tahu membaca
Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 ½ tahun
• mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
• belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
• kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
• rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
• kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun
• peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
• terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
• perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
• kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
• pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus
• bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
• mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun
• perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
• kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
• corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
• mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
• Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.

2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.

3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.

4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?

Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

KELAS PEMULIHAN

TUJUAN PROGRAM PEMULIHAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (1982) menyenaraikan tujuh tujuan program pemulihan di sekolah rendah. Tujuan-tujuan itu ialah membolehkan murid lambat
1.      menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti alternatif yang bersesuaian dengan mereka,
2.      mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu,
3.      mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi mereka melalui bantuan guru dan pihak-pihak yang berkenaan,
4.      mengembangkan potensi dalam pelajaran dan minat mereka ke taraf yang lebih maju,
5.      mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan di luar bilik darjah,
6.      memperoleh serta mengembangkan sikap percaya kepada diri sendiri dan berdikari apabila berada dalam kumpulan dan masyarakat mereka, dan
7.      meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
      Buku Panduan Program Pemulihan KBSR Tahap I menyatakan objektif utama program pemulihan ialah membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam  kemahiran-kemahiran tertentu, membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran, dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
LATIHAN
Pilih satu daripada tujuan program pemulihan daripada senarai di atas dan bina lima objektif yang dapat mencapai tujuan itu.
PRINSIP PENDIDIKAN PEMULIHAN
1.   Murid lembam boleh mencapai perlakuan normal jika diberi pertolongan yang sesuai.
2.   Pendidikan pemulihan mestilah dijalankan seawal mungkin dan secara berterusan.
3.   Kejayaan pendidikan pemulihan bergantung pada guru yang melaksanakannya.
4.   Pendidikan pemulihan dapat mencegah kesan buruk akibat kegagalan pembelajaran.
PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN
1.   Rancangan pengajaran pemulihan hendaklah dibina dengan teliti dan dilaksanakan secara sistematik.
2.   Pengajaran pemulihan tidak patut dimulakan jika faktor fizikal yang menjadi punca masalah perlu dirawat terlebih dahulu tetapi masih belum dirawat lagi.
3.   Murid perlu selalu diberitahu tentang kemajuan dirinya.
4.   Murid diasingkan dan diajar secara individu oleh guru khas pemulihan. (Dalam konteks pemulihan ringan, murid tidak diasingkan dan diajar oleh guru biasa.)
5.   Bahan baharu yang lebih tinggi arasnya tidak mungkin dipelajari selagi bahan asas belum dikuasai.
6.   Bahan hendaklah melibatkan deria rasa, pendengaran dan penglihatan.
7.   Guru hendaklah membina keyakinan diri murid yang dipulihkan.
LATIHAN
Pilih satu daripada prinsip pendidikan/pengajaran pemulihan di atas. Dengan menggunakan lebih kurang 150 patah perkataan sahaja, huraikan maksudnya.
 
Pelajar orang asli - mereka perlu diberi kelas pemulihan kerana ada kalangan mereka yang tidak tahu membaca walaupun mereka tahun 4.

Friday, August 28, 2009

Pengajaran Guru Berdasarkan Alat Bantu Mengajar

Guru-guru skeolah boleh menggunakan alat bantu mengajar untuk pengajaran dalam kelas kerana alat-alat tersebut  boleh membantu pembelajaran murid-murid. Selain itu, murid-murid juga boleh menumpukan perhatian semasa P&P dijalankan. Gambar-gambar tersebut merupakan Alat Bantu Mengajar yang dihasilkan oleh Guru Pelatih IPGM Kampus Kota Bharu Opsyen BM/PJ/PSV.

Alat Bantu Mengajar

Contoh alat bantu mengajar yang boleh digunakan untuk mengajar pelajar KIA2M

Thursday, August 27, 2009

KEMAHIRAN MENDENGAR

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Mengikut Chuah (1987) terdapat perbezaan yang besar antara proses mendengar dan dengar. Ini boleh disamakan dengan penerangan Barker(1971) yang boleh dirumuskan sebagai mendengar adalah suatu proses yang aktif dan dengar adalah satu proses yang pasif.

Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah(1987), dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada semua pancaindera, terutamanya penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.

Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati iaitu mendengar dengan menjiwai apa yang didengar oleh sebab dari sini timbul celik akal. Apabila hal ini dihasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana secara maksimum dalam proses pembelajaran. Mendengar adalah perbuatan yang mengunakan organ telinga disamping dengan saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

Mendengar ialah satu daripada proses komunikasi dalam pembelajaran. Mendengar merupakan proses rangsangan di mana pelajar menerima maklumat yang disampaikan. Proses mendengar yang berkesan akan membantu pelajar mengikuti pelajaran, memahami, mengingat dan membuat catatan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi aktiviti pendengaran. Antaranya ialah keadaan fizikal pendengar dan penyampai, keletihan mendengar, jarak atau kedudukan, suasana persekitaran, gaya penyampaian dan pengetahuan penyampai. Namun begitu apa yang lebih penting, penulis menyatakan teknik untuk mendengar secara berkesan perlu diamalkan seperti

 Mula proses mendengar dengan berdoa dan meminta perlindungan Allah
 Hendaklah berkeadaan siap sedia.
 Menyediakan peralatan untuk mencatat dan menulis bahan yang didengar.
 Duduk berhampiran dengan penyampai supaya maklumat yang diperolehi adalah tepat.
 Menumpukan pendengaran, fikiran dan perhatian terhadap maklumat yang disampaikan.
 Telah mengetahui serba sedikit tajuk yang akan disampaikan.
 Sentiasa menjangka apakah fakta dan keterangan yang akan disampaikan.
 Menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan.
 Mengelakkan gungguan-gangguan persekitaran.
 Mendengar sambil mencatat

Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempungaruhi proses pendengaran itu sendiri. Proses menedengar berkait terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan penggunaan proses mental dan melakukan inferense, mengagakkan hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.

Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur adalah terlibat, walaupun berhubung rapat antara satu sama lain, merupakan kemahiran yang berbeza. Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu. Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu mendengar aktif dan mendengar pasif.
Mendengar secara aktif ialah suatu proses mendengar yang dibuat secara berhati-hati dan berfokus. Semua aspek dalam pertuturan seperti intonasi, tekanan dan nada suara akan diambil perhatian serta dinilai maksudnya. Pendengaran jenis ini membolehkan seseorang itu mengulas dan mengkritik maksud-maksud tersirat yang terdapat dalam sesuatu pertuturan. Pada peringkat yang lebih maju, pendengaran secara aktif boleh memjadikan seseorang pendengar itu mengeksploitasi apa yang didengarinya dalam bentuk kritis dan kreatif. Mendengar aktif selalu dikaitkan dengan pendengaran secara formal, khusunya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, perbincangan, perbahasan, pembentangan kertas kerja dan sebagainya,

Mendengar pasif ialah peringkat pendengaran paling rendah dari segi fungsi dan prosesnya. Pendengaran jenis ini berlaku secara sambil lewa, tidak berfokus kepada semua perkara yang didengari. Oleh itu, pendengaran pasif tidak berupaya memahami makna keseluruhan daripada sesuatu pertuturan. Seterusnya, pendengar pasif jarang dapat mengingati dan memahami semua perkara yang didengarnya. Mendengar pasif boleh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor bahasa, isi bahan dan faktor luaran. Bahasa ialah faktor utama yang mempengaruhi pendengaran. Bahasa yang tidak difahami atau sebutan bahasa tersebut yang tidak difamahi oleh seseorang akan menyebabkan individu tersebut tidak dapat memfokuskan pendengarannya terhadap pertuturan tersebut.

Dalam aspek ini, sesuatu bahan pertuturan akan menjadi pasif jika bahan atau tajuk pertuturan itu tidak menarik minat atau terlalu sukar untuk difahami oleh seseorang pendengar. Seterusnya, pendengaran pasif juga boleh berlaku sekiranya berlaku ganguan seperti bising, bunyi yang tidak jelas dan keadaan yang tidak selesa.

Aktiviti-aktiviti dalam kemahiran mendengar ialah mengenal, mengecam, membuat inferens, menganalisis, merumus dan menilai. Setiap aktiviti saling berkaitan antara satu sama laing dan berlaku secara berterusan. Aktiviti mengenal pasti ialah asas dalam proses mendengar. Proses mendengar semula dengan aktiviti mengenal sesuatu bunyi. Secara umumnya, terlalu banyak bunyi yang perlu didengar dalam kehidupan kita. Pada peringkat ini, dalam konteks kemahiran mendengar, pendengar akan memastikan bahawa apa yang didengar ialah bunyi-bunyi bahasa yang bemakna.

Setelah mengenal dan memilih bunyi bahasa yang perlu didengari, pendengar akan masuk ke peringkat mengecamam pula. Dalam konteks bahasa atau bunyi yang bermakna, pengecaman akan dibuat dalam pelbagai aspek, seperti bentuk tatabahasa, laras bahasa, istilah, pilihan kata, intonasi, jeda dan tekanan suara. Dalam kemahiran mendengar ini, pengecaman ini penting untuk membantu pendengar memahami apa yang dituturkan dengan pantas.

Peringkat yang seterusnya ialah membuat inferens iaitu bermaksud menghubungkaitkan sesuatu istilah, perkataan, atau kosa kata yang didengar denga objek atau perkara yang sesuai. Sebagai contoh, perkataan “murid” mempunyai inferensi dengan “sekolah”. Semakin pantas seseorang pendengar membuat inferens, maka semakin cepatlah dia memahami apa yang didengarinya. Sebaliknya, jika seseorang pendengar itu gagal melakukan inferens antara butiran yang didengar dengan objek atau perkara lain yang sesuai, maka sukarlah dia memahami apa yang didengarinya.

Tahap yang kelima ialah menganalisis iaitu kemahiran mendengar peringkat tinggi, apabila seseorang pendengar itu boleh memilih dan menentukan antara fakta dengan yang bukan fakta. Merumus pula memerlukan daya ingatan dan tahap pendengaran peringkat tinggi. Merumus bermaksud membuat kesimpulan dan kefahaman baru terhadap apa yang telah didengar.

Menilai ialah aktiviti pendengaran yang paling tingg dan seseorang pendengar itu boleh membuat keputusan apa yang didengarinya. Dalam peringkat ini, pendengar mampu menilai baik, buruk, fakta, atau palsu, dan dapat pula mengagak latar belakang penutur. Aktiviti ini hanya boleh dilakukan apabila seseorang pendengar itu telah melalui semua aktiviti yang dibincangkan tadi.

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

CONTOH AKTIVITI
Contoh aktiviti 1 : Berbual tentang perkara-perkara yang dilakukan pada waktu lapang.
Contoh aktiviti 2 : Bercerita tentang hobi sendiri dan hobi rakan.
Contoh aktiviti 3 : Bercerita tentang pengalaman bercuti di kampung

PERLAKSANAAN AKTIVITI (Contoh aktiviti 3)
Guru masuk ke dalam kelas dan memulakan pengajaran dengan bertanya kepada murid tempat percutian yang pernah mereka melancung. Murid-murid memberi respons dan menyatakan tempat percutian yang pernah mereka melancong dan menceritakan pengalaman mereka semasa mereka melancong ke tempat-tempat lain.

Selepas itu, guru membahagikan murid-murid dalam empat kumpulan dan meminta murid berbincang mengenai percutian di kampung serta aktiviti yang dijalankan semasa di kampung. Murid-murid bergerak dan duduk dalam kumpulan yang telah diagihkan oleh guru. Murid-murid berbincang dalam kumpulan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa bercuti di kampung serta menceritakan pengalaman mereka semasa bercuti di kampung. Selain itu, murid-murid juga menjalankan aktiviti soal jawab tentang pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh mereka di kampung.

Pada akhir aktiviti ini, guru memberi beberapa soalan berkaitan dengan pengalaman bercuti di kampung serta memberi latihan kepada pelajar untuk dibuat di rumah. Murid-murid dapat menjawab soalan guru dengan tepat.

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila

CONTOH AKTIVITI
Contoh aktiviti 1 : Guru menyoal kepada murid dengan menggunakan kata tanya (siapa, bila, mana, bagaimana,mengapa)
Contoh aktiviti 2 : Murid memberi jawapan bagi soalan yang dikemukakan secara bertatasusila
Contoh aktiviti 3 : Guru menyoal pelajar berkaitan gambar yang ditunjukkan.

Guru menunjukkan pelbagai model buah-buahan dan menyuruh murid menyebut nama buah-buahan tersebut. Murid-murid menyatakan nama buah-buahan tersebut secara beramai-ramai. Selepas itu, guru menyuruh murid membayangkan bahawa mereka sedang berada di dusun buah-buahan dan meminta murid menyatakan buah-buahan yang terdapat di dusun tersebut. Murid-murid mengikuti arahan guru dan membayangkan diri mereka sedang berasa di dusun buah-buahan serta menyatakan buah-buahan yang dibayang oleh mereka. Guru meminta murid-murid menyatakan ciri-ciri buah-buahan yang disukai oleh mereka serta nyatakan buah tersebut. Murid menyatakan ciri-ciri buah-buahan yang disukai serta mereka menyatakan nama buah-buahan tersebut.

Guru menyedarkan ringkas kepada semua murid dan guru menerangkan secara ringkas tentang dialog tersebut dan menyuruh murid menyatakan nama buah yang terdapat dalam dialog tersebut. Murid membaca dialog tersebut secara berpasangan dan guru membantu murid menyebut dengan betul perkataan yang dibaca. Murid juga menyatakan kepada guru nama buah-buahan yang terdapat dalam dialog tersebut.

Selepas itu, guru mengedarkan gambar (gambar bergaris putus-putus) berkaitan dengan buah-buahan dan menyuruh murid melengkapkan lukisan dan menulis nama buah yang dilukis. Murid melukis gambar tersebut dengan mengikuti garisan putus-putus serta menulis nama buah yang dilukis.

Guru mengedarkan soalan berkaitan dengan buah-buahan kepada murid-murid. Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dan menulis dengan betul nama buah-buahan tersebut pada kertas yang disediakan. Selepas itu, guru meminta murid membaca dengan kuat jawapan yang ditulis. Murid-murid telah mengikuti arahan guru dan mereka membaca dengan kuat jawapan yang ditulis dalam kumpulan tadi.

Pada akhir aktiviti, guru menyoal murid tentang buah kegemaran mereka dan murid telah menjawab soalan guru dengan tepat. Sebagai latihan pengukuhan, guru memberi latihan tentang buah-buahan dengan cara mengisi tempat kosong.

1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.
CONTOH AKTIVITI
Contoh aktiviti 1 : Menerima dan memahami arahan membuat layang-layang
Contoh aktiviti 2 : Murid-murid menyenaraikan perkataan berbentuk arahan dan pesanan. ( beritahu, sampaikan, diminta, sila)
Contoh aktiviti 3 : Murid membaca nota arahan dan pesanan yang diberi oleh guru

PELAKSANAAN AKTIVITI (Contoh aktiviti 3)
Guru memulakan pengajaran dengan bertanya kepada murid bilangan ahi keluarga yang terdapat pada murid masing-masing. Murid-murid menjawab soalan guru dan memberitahu bilangan ahli keluarga kepada guru. Selepas itu, guru menampal gambar di papan putih dan meminta murid menyatakan perkara berdasarkan gambar. Murid-murid dapat menyatakan perkara berdasarkan gambar yang telah ditampal.

Pada aktiviti seterusnya, guru menunjukkan model permainan dan menyuruh murid menyatakan apakah objek yang tersebut. Murid-murid dalam kelas menyatakan nama objek tersebut kepada guru.

Pada langkah seterusnya, guru telah menulis ayat berdasarkan gambar pada papan putih dan murid-murid menyalin ayat yang ditulis oleh guru di papan putih. Apabila murid selesai menyalin, guru membaca ayat yang ditulis di papan putih berdasarkan gambar dan meminta murid membaca ayat tersebut. Murid-murid membaca ayat yang ditulis oleh guru berdasarkan papan putih. Selain itu, guru meminta murid membina ayat mudah berdasarkan gambar dan meminta murid membaca ayat mudah tersebut. Setelah murid-murid mendapat arahan guru, murid-murid membina ayat mudah berdasarkan gambar dan membaca ayat mudah yang dibina di dalam kelas.

Pada akhir aktiviti, guru menyoal murid-murid berdasarkan gambar yang diberi serta memberi latihan pengukuhan kepada murid untuk dibuat di rumah. Murid-murid dapat menjawab soalan guru dengan gramatis dan tepat.

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan paralingustik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.

CONTOH AKTIVITI
Contoh aktiviti 1: Murid melafazkan ayat yang bertatasusila untuk memohon kebenaran atau permintaan kepada guru ( Minta maaf cikgu, izinkan saya pergi ke bilik guru seketika.)
Contoh aktiviti 2 : Murid menjalankan aktiviti simulasi meminta kebenaran melakukan sesuatu

PERLAKSANAAN AKTIVITI ( Contoh aktiviti 2)
Guru masuk ke dalam kelas memulakan pengajaran dengan membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan. Selepas itu, guru menerangkan kepada murid apakah sikap murni dan hormat yang perlu ada dalam diri murid-murid. Selepas itu, guru menerangkan kepada murid bagaimana hendak meminta kebenaran kepada orang yang lebih tua jika hendak melakukan sesuatu.

Selepas itu, guru memberi tajuk “ memohon kebenaran daripada ibu bapa untuk mewakili sekolah ke peringkat daedah dalam pertandingan bercerita tahun 2”. Guru meminta murid-murid berbincang dalam kumpulan dan melakonkan situasi tersebut dalam kumpulan. Guru memberi murid masa 10 minit kepada murid untuk berbincang. Murid-murid mengikuti arahan guru dan berbincang dalam kumpulan apakah yang hendak dilakonkan berdasarkan tajuk yang diberi oleh guru sebentar tadi.

Selepas 10 minit telah tamat, murid-murid berlakon di hadapan kelas berdasarkan tajuk yang diberi oleh guru. Selepas empat kumpulan telah selesai berlakon, guru memberi refleksi mengikut lakonan yang disampaikan oleh guru.

Pada akhir aktiviti, guru memberi beberapa soalan berkaitan dengan cara meminta kebenaran dengan bertatasusila kepada murid. Selepas itu, guru memberi latihan kepada murid berkaitan dengan tajuk pengajaran yang disampaikan.

1.5 Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan, dan ayat yang sesuai

CONTOH AKTIVITI
Contoh aktiviti 1 : Murid menjelaskan kepada guru jenis-jenis frasa yang terkandung dalam ayat.
Contoh aktiviti 2 : Murid memberi maksud ayat yang diberikan oleh guru.
Contoh aktiviti 3 : Murid-murid mengemukakan isi tersirat dan isi tersurat yang terdapat dalam petikan

PERLAKSANAAN AKTIVITI (aktiviti 3)
Guru masuk ke kelas dan menayangkan tayangan LCD tentang permainan tradisional dan murid-murid menonton tayang LCD permainan tersebut. Selepas itu, guru menyebut nama permainan tradisional berdasarkan tayangan LCD dan meminta murid menceritakan tentang permainan tradisional yang pernah dimainkan oleh mereka. Murid-murid mengikut dan menyebut kuat perkataan yang disebut oleh guru serta menceritakan permainan tradisional yang pernah dimainkan oleh murid-murid.

Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan dan mengedarkan petikan tentang permainan tradisional serta meminta setiap kumpulan untuk membaca petikan yang diberi dengan kuat. Semua murid-murid mengikuti arahan guru dan duduk di dalam kumpulan. Setiap kumpulan membaca petikan yang diberi dengan kuat.

Selepas itu, guru meminta setiap murid menyenaraikan apakah kebaikan dan keburukan permainan tradisional. Murid-murid berbincang dalam kumpulan soalan yang diberikan oleh guru. Murid-murid berbincang soalan tersebut dalam kumpulan dan membentangkan dalam kelas.

Pada akhir aktiviti, guru memberi beberapa soalan kepada murid yang berkaitan dengan permainan tradisional. Guru juga telah memberi beberapa soalan kepada murid untuk disiapkan di rumah.

1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan sesama menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

CONTOH AKTIVITI
Contoh aktiviti 1 : Perbincangan tentang cara untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang
Contoh aktiviti 2 : Guru menyuruh murid berbincang mengenai keperluan harian yang diperlukan dalam kehidupan manusia

PERLAKSANAAN AKTIVITI ( Aktiviti 2)
Guru masuk ke dalam kelas dan bertanya kepada murid-murid apakah yang mereka perlukan dalam keperluan seharian. Murid-murid memberitahu apakah yan diperlukan oleh diri mereka dalam kehidupan seharian kepada guru. Guru membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan dan meminta guru berbincang dalam kumpulan apakah perkara yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan.

Murid-murid bergerak ke dalam kumpulan masing-masing dan mereka berbincang benda yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Selepas itu, guru meminta murid memberitahu kepada rakan-rakannya perkara yang dibincang dalam kumpulan sebentar tadi. Murid-murid memberitahu kepada rakan-rakan dalam kelasnya benda yang diperlukan dalam kehidupan.

Apabila aktiviti berbincang selesai, guru meminta murid senaraikan keperluan seharian mereka dalam kumpulan. Murid-murid menyenaraikan benda keperluan mereka pada papan putih serta membaca perkataan tersebut dengan kuat.

Guru membaca perkataan-perkataan yang disenarikan di papan putih dan membaca perkataan supaya murid-murid dapat mengikut guru membaca perkataan tersebut dengan kuat. Murid-murid mendengar arahan guru dan mengikuti perkataan-perkataan yang dibaca oleh guru.

Pada akhir aktiviti ini, guru menguji murid dengan beberapa soalan dan murid dapat menjawab soalan guru dengan gramatis. Untuk mengukuhkan lagi ilmu yang diberi dalam pengajaran, guru memberi murid kerja sekolah untuk dibuat di rumah.

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, atau dialami􀁸􀀃
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

CONTOH AKTIVITI
Contoh aktiviti 1 : Murid menonton cerita dan kemudiaannya menceritakan kepada guru
Contoh aktiviti 2 : Murid memilih cerita yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi dan menyampaikan cerita tersebut.
Contoh aktiviti 3 : Murid menceritakan semula pengajaran yang disampaikan oleh guru dalam kelas

PERLAKSANAAN AKTIVITI ( Aktiviti Contoh 3)
Sebelum guru memulakan pengajaran, guru bertanya kepada murid tentang haiwan kegemaran murid-murid. Murid-murid memberi respons kepada guru dengan menyatakan haiwan kegemaran mereka dengan gramatis.

Selepas itu, guru menampal beberapa keeping gambar haiwan pada papan putih dan meminta murid menyatakan nama haiwan tersebut. Murid-murid dalam kelas memberi respons kepada guru dengan menyatakan nama haiwan berdasarkan kad gambar yang ditampal kepada guru dan murid-murid di dalam kelas.

Pada langkah seterusnya, guru meminta murid menyatakan nama haiwan selain daripada gambar yang diberi. Murid-murid dalam kelas memberi beberapa contoh haiwan selain daripada gambar haiwan yang terdapat pada papan putih. Apabila selesai aktiviti jawab menjawab antara guru dengan murid, guru memberi penerangan tentang perbezaan haiwan liar dan haiwan peliharaan. Selepas itu, murid memberi respons yang baik dan tumpuan yang sepenuhnya terhadap maklumat yang diberikan oleh guru.

Pada langkah yang berikut, guru meminta murid melengkapkan perkataan berdasarkan gambar. Murid-murid di dalam kelas memberi respon dan melengkapkan perkataan tersebut dengan tepat. Guru menguji murid dengan membuat beberapa ayat mudah dan menyediakan tempat kosong untuk diisi oleh murid. Murid mengisi tempat kosong dengan menulis nama haiwan berdasarkan gambar yang diberi dengan tepat. Selepas itu, guru meminta murid membaca ayat mudah yang telah dilengkapkan tadi. Murid-murid mengikuti guru membaca ayat mudah yang telah dilengkapkan.

Pada akhir pengajaran, guru meminta beberapa orang murid mengulas kembali apa yang disampaikan oleh guru. Guru menjalankan sesi soal jawab antara murid dengan murid dan murid dengan guru serta bertanya kepada murid tentang haiwan pemeliharaan. Selepas itu, guru memberi kerja sekolah kepada murid untuk disiapkan di rumah.

2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.

CONTOH AKTIVITI
Contoh aktiviti 1 : Murid-murid menjelaskan cara membuat projek kitar semula dalam kelas.
Contoh aktiviti 2 : Murid-murid menyatakan sebab-sebab kejayaan dan kekalahan sesuatu pasukan yang bertanding dalam pertandingan bola sepak yang ditonton.
Contoh aktiviti 3 : Murid mengenal pasti dan menyampaikan maklumat berkaitan dengan gambar.

PERLAKSANAAN AKTIVITI (Contoh Aktiviti 3)
Guru memulakan pengajaran dengan menyoal pelajar mengenai rumah kediaman yang diduduki oleh murid sekarang serta meminta murid menyatakan ciri-ciri rumah mereka. Murid-murid menceritakan ciri-ciri rumah mereka dan memberitahu guru mengenai rumah mereka.

Selepas itu, guru menerangkan mengenai ciri-ciri rumah yang terdapat di Malaysia serta menampal contoh gambar rumah berlabel yang terdapat di Malaysia dan meminta murid menyebut jenis-jenis rumah tersebut. Murid-murid mendengar dengan teliti ciri-ciri rumah yang terdapat di Malaysia serta murid menyebut perkataan yang terdapat pada gambar tersebut dengan intonasi yang betul.

Apabila aktiviti membaca telah selesai, guru mengedarkan satu jenis gambar rumah kepada semua murid dan mengarahkan murid-murid mengisi tempat kosong berdasarkan perkataan yang diberi. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang disediakan dengan tepat sambil dibimbing oleh guru. Berdasarkan perkataan tersebut juga, guru menyuruh murid membina ayat mudah. Murid-murid mengikuti arahan guru dan mereka membina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi dengan betul.

Pada langkah yang seterusnya, guru mengarahkan murid membaca dengan kuat ayat yang telah dibina dan meminta murid membaca petikan pendek yang diberi oleh guru serta mengariskan kata nama khas yang terdapat pada petikan tersebut. Murid-murid mengikuti arahan guru iaitu membaca ayat yang dibina dengan kuat dan intonasi yang betul. Murid-murid juga membaca petikan yang diberi oleh guru serta mengariskan kata nama khas yang terdapat dalam petikan. Pada akhir aktiviti untuk menguji kefahaman murid-murid, guru menyoal murid mengenai jenis rumah yang terdapat di Malaysia. Murid-murid menjawab semua soalan guru dengan tepat apabila ditanya oleh guru. Guru merumuskan sesi pengajaran dan pembelajaran dan memberi latihan pengukuhan kepada murid-murid untuk diselesaikan di rumah.

KEMAHIRAN MEMDENGAR DAN BERTUTUR

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Mengikut Chuah (1987) terdapat perbezaan yang besar antara proses mendengar dan dengar. Ini boleh disamakan dengan penerangan Barker(1971) yang boleh dirumuskan sebagai mendengar adalah suatu proses yang aktif dan dengar adalah satu proses yang pasif.
Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah(1987), dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada semua pancaindera, terutamanya penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.
Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati iaitu mendengar dengan menjiwai apa yang didengar oleh sebab dari sini timbul celik akal. Apabila hal ini dihasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana secara maksimum dalam proses pembelajaran. Mendengar adalah perbuatan yang mengunakan organ telinga disamping dengan saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul.
Mendengar ialah satu daripada proses komunikasi dalam pembelajaran. Mendengar merupakan proses rangsangan di mana pelajar menerima maklumat yang disampaikan. Proses mendengar yang berkesan akan membantu pelajar mengikuti pelajaran, memahami, mengingat dan membuat catatan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi aktiviti pendengaran. Antaranya ialah keadaan fizikal pendengar dan penyampai, keletihan mendengar, jarak atau kedudukan, suasana persekitaran, gaya penyampaian dan pengetahuan penyampai. Namun begitu apa yang lebih penting, penulis menyatakan teknik untuk mendengar secara berkesan perlu diamalkan seperti
Mula proses mendengar dengan berdoa dan meminta perlindungan Allah
Hendaklah berkeadaan siap sedia.
Menyediakan peralatan untuk mencatat dan menulis bahan yang didengar.
Duduk berhampiran dengan penyampai supaya maklumat yang diperolehi adalah tepat.
Menumpukan pendengaran, fikiran dan perhatian terhadap maklumat yang disampaikan.
Telah mengetahui serba sedikit tajuk yang akan disampaikan.
Sentiasa menjangka apakah fakta dan keterangan yang akan disampaikan.
Menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan.
Mengelakkan gungguan-gangguan persekitaran.
Mendengar sambil mencatat

Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempungaruhi proses pendengaran itu sendiri. Proses menedengar berkait terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan penggunaan proses mental dan melakukan inferense, mengagakkan hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.

Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur adalah terlibat, walaupun berhubung rapat antara satu sama lain, merupakan kemahiran yang berbeza. Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu. Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu mendengar aktif dan mendengar pasif.
Mendengar secara aktif ialah suatu proses mendengar yang dibuat secara berhati-hati dan berfokus. Semua aspek dalam pertuturan seperti intonasi, tekanan dan nada suara akan diambil perhatian serta dinilai maksudnya. Pendengaran jenis ini membolehkan seseorang itu mengulas dan mengkritik maksud-maksud tersirat yang terdapat dalam sesuatu pertuturan. Pada peringkat yang lebih maju, pendengaran secara aktif boleh memjadikan seseorang pendengar itu mengeksploitasi apa yang didengarinya dalam bentuk kritis dan kreatif. Mendengar aktif selalu dikaitkan dengan pendengaran secara formal, khusunya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, perbincangan, perbahasan, pembentangan kertas kerja dan sebagainya,

Mendengar pasif ialah peringkat pendengaran paling rendah dari segi fungsi dan prosesnya. Pendengaran jenis ini berlaku secara sambil lewa, tidak berfokus kepada semua perkara yang didengari. Oleh itu, pendengaran pasif tidak berupaya memahami makna keseluruhan daripada sesuatu pertuturan. Seterusnya, pendengar pasif jarang dapat mengingati dan memahami semua perkara yang didengarnya. Mendengar pasif boleh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor bahasa, isi bahan dan faktor luaran. Bahasa ialah faktor utama yang mempengaruhi pendengaran. Bahasa yang tidak difahami atau sebutan bahasa tersebut yang tidak difamahi oleh seseorang akan menyebabkan individu tersebut tidak dapat memfokuskan pendengarannya terhadap pertuturan tersebut.

Dalam aspek ini, sesuatu bahan pertuturan akan menjadi pasif jika bahan atau tajuk pertuturan itu tidak menarik minat atau terlalu sukar untuk difahami oleh seseorang pendengar. Seterusnya, pendengaran pasif juga boleh berlaku sekiranya berlaku ganguan seperti bising, bunyi yang tidak jelas dan keadaan yang tidak selesa.

Aktiviti-aktiviti dalam kemahiran mendengar ialah mengenal, mengecam, membuat inferens, menganalisis, merumus dan menilai. Setiap aktiviti saling berkaitan antara satu sama laing dan berlaku secara berterusan. Aktiviti mengenal pasti ialah asas dalam proses mendengar. Proses mendengar semula dengan aktiviti mengenal sesuatu bunyi. Secara umumnya, terlalu banyak bunyi yang perlu didengar dalam kehidupan kita. Pada peringkat ini, dalam konteks kemahiran mendengar, pendengar akan memastikan bahawa apa yang didengar ialah bunyi-bunyi bahasa yang bemakna.

Setelah mengenal dan memilih bunyi bahasa yang perlu didengari, pendengar akan masuk ke peringkat mengecamam pula. Dalam konteks bahasa atau bunyi yang bermakna, pengecaman akan dibuat dalam pelbagai aspek, seperti bentuk tatabahasa, laras bahasa, istilah, pilihan kata, intonasi, jeda dan tekanan suara. Dalam kemahiran mendengar ini, pengecaman ini penting untuk membantu pendengar memahami apa yang dituturkan dengan pantas.

Peringkat yang seterusnya ialah membuat inferens iaitu bermaksud menghubungkaitkan sesuatu istilah, perkataan, atau kosa kata yang didengar denga objek atau perkara yang sesuai. Sebagai contoh, perkataan “murid” mempunyai inferensi dengan “sekolah”. Semakin pantas seseorang pendengar membuat inferens, maka semakin cepatlah dia memahami apa yang didengarinya. Sebaliknya, jika seseorang pendengar itu gagal melakukan inferens antara butiran yang didengar dengan objek atau perkara lain yang sesuai, maka sukarlah dia memahami apa yang didengarinya.

Tahap yang kelima ialah menganalisis iaitu kemahiran mendengar peringkat tinggi, apabila seseorang pendengar itu boleh memilih dan menentukan antara fakta dengan yang bukan fakta. Merumus pula memerlukan daya ingatan dan tahap pendengaran peringkat tinggi. Merumus bermaksud membuat kesimpulan dan kefahaman baru terhadap apa yang telah didengar.

Menilai ialah aktiviti pendengaran yang paling tingg dan seseorang pendengar itu boleh membuat keputusan apa yang didengarinya. Dalam peringkat ini, pendengar mampu menilai baik, buruk, fakta, atau palsu, dan dapat pula mengagak latar belakang penutur. Aktiviti ini hanya boleh dilakukan apabila seseorang pendengar itu telah melalui semua aktiviti yang dibincangkan tadi.

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

CONTOH AKTIVITI
Contoh aktiviti 1 : Berbual tentang perkara-perkara yang dilakukan pada waktu lapang.
Contoh aktiviti 2 : Bercerita tentang hobi sendiri dan hobi rakan.
Contoh aktiviti 3 : Bercerita tentang pengalaman bercuti di kampung

PERLAKSANAAN AKTIVITI (Contoh aktiviti 3)
Guru masuk ke dalam kelas dan memulakan pengajaran dengan bertanya kepada murid tempat percutian yang pernah mereka melancung. Murid-murid memberi respons dan menyatakan tempat percutian yang pernah mereka melancong dan menceritakan pengalaman mereka semasa mereka melancong ke tempat-tempat lain.

Selepas itu, guru membahagikan murid-murid dalam empat kumpulan dan meminta murid berbincang mengenai percutian di kampung serta aktiviti yang dijalankan semasa di kampung. Murid-murid bergerak dan duduk dalam kumpulan yang telah diagihkan oleh guru. Murid-murid berbincang dalam kumpulan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa bercuti di kampung serta menceritakan pengalaman mereka semasa bercuti di kampung. Selain itu, murid-murid juga menjalankan aktiviti soal jawab tentang pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh mereka di kampung.

Pada akhir aktiviti ini, guru memberi beberapa soalan berkaitan dengan pengalaman bercuti di kampung serta memberi latihan kepada pelajar untuk dibuat di rumah. Murid-murid dapat menjawab soalan guru dengan tepat.

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila

CONTOH AKTIVITI
Contoh aktiviti 1 : Guru menyoal kepada murid dengan menggunakan kata tanya (siapa, bila, mana, bagaimana,mengapa)
Contoh aktiviti 2 : Murid memberi jawapan bagi soalan yang dikemukakan secara bertatasusila
Contoh aktiviti 3 : Guru menyoal pelajar berkaitan gambar yang ditunjukkan.

PERLAKSANAAN AKTIVITI (Contoh aktiviti 3)

Guru menunjukkan pelbagai model buah-buahan dan menyuruh murid menyebut nama buah-buahan tersebut. Murid-murid menyatakan nama buah-buahan tersebut secara beramai-ramai. Selepas itu, guru menyuruh murid membayangkan bahawa mereka sedang berada di dusun buah-buahan dan meminta murid menyatakan buah-buahan yang terdapat di dusun tersebut. Murid-murid mengikuti arahan guru dan membayangkan diri mereka sedang berasa di dusun buah-buahan serta menyatakan buah-buahan yang dibayang oleh mereka. Guru meminta murid-murid menyatakan ciri-ciri buah-buahan yang disukai oleh mereka serta nyatakan buah tersebut. Murid menyatakan ciri-ciri buah-buahan yang disukai serta mereka menyatakan nama buah-buahan tersebut.

Guru menyedarkan ringkas kepada semua murid dan guru menerangkan secara ringkas tentang dialog tersebut dan menyuruh murid menyatakan nama buah yang terdapat dalam dialog tersebut. Murid membaca dialog tersebut secara berpasangan dan guru membantu murid menyebut dengan betul perkataan yang dibaca. Murid juga menyatakan kepada guru nama buah-buahan yang terdapat dalam dialog tersebut.

Selepas itu, guru mengedarkan gambar (gambar bergaris putus-putus)
berkaitan dengan buah-buahan dan menyuruh murid melengkapkan lukisan dan menulis nama buah yang dilukis. Murid melukis gambar tersebut dengan mengikuti garisan putus-putus serta menulis nama buah yang dilukis.