Thursday, August 27, 2009

Cadangan Aktiviti Membaca

Cadangan Aktiviti Membaca

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Contoh aktiviti :
1. Menyebut kuat perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung dengan betul.
2. Membaca petikan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk yang ditunjukkan oleh guru kepada murid.
3. Membaca dialog yang mengandungi pelbagai jenis ayat.

Pelaksanaan aktiviti :
Berdasarkan aktiviti 1, guru melekatkan kad gambar dan menyuruh murid membaca dengan kuat perkataan-perkataan yang terdapat pada kad gambar tersebut. Guru menyuruh pelajar membaca huruf diftong yang terdapat pada perkataan tersebut dengan sebutan yang betul. Guru menyuruh pelajar menyebut perkataan yang mengandungi digraf pada perkataan tersebut.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Contoh aktiviti :
•Membaca pantun dengan intonansi yang betul dan gramatis.
•Membaca pantun dua kerat dan empat kerat diikuti dengan nada, intonansi dan gaya penyampaian yang betul
•Memahami pantun tersebut dan menghuraikan apa yang dibaca.

Pelaksanaan aktiviti :
Berdasarkan aktiviti 2 guru membacakan pantun mengenai budi bahasa dengan berintonansi. Guru memberikan pantun dua kerat dan empat kerat kepada murid dan menyuruh murid membacanya dengan nada, intonansi dan gaya penyampaian yang betul. Secara berkumpulan, guru menyuruh murid memahami pantun tersebut dan menghuraikan apa yang diperoleh daripada pantun tersebut.


6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai jenis teks.

6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
Contoh aktiviti :
•Membaca petikan daripada surat khabar mengenai berita dalam negara.
•Membuat rujukan dengan kamus mengenai perkataan-perkataan yang terdapat di dalam petikan tersebut.

Pelaksanaan aktiviti :
Berdasarkan contoh aktiviti, guru memberikan petikan surat khabar kepada murid dan menyuruhnya membaca petikan tersebut mengenai berita dalam negara. Secara berkumpulan, guru menyuruh pelajar menggabungkan petikan yang sama kejadian seperti kebakaran atau kemalangan dan membuat kesimpulan mengenai berita yang dibaca.


6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan
Contoh aktiviti :
•Mencari persamaan dan perbezaan genre.
•Membezakan pendahuluan sesuatu genre
•Membaca beberapa contoh sesuatu genre untuk menyatakan ciri-ciri penulisan yang baik.

Pelaksanaan aktiviti :
Berdasarkan aktiviti 1, guru mengedarkan pelbagai jenis penulisan kepada pelajar. Selepas itu, guru menyuruh murid meneliti penulisan tersebut secara individu. Guru menerangkan mengenai penulisan yang diedarkan secara peta minda untuk memudahkan pemahaman pelajar. Secara berkumpulan, guru menyuruh pelajar membuat persamaan dan perbezaan mengenai penulisan yang diberikan.

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.
Contoh aktiviti :
1.Menyenaraikan fakta daripada teks
2.Menentukan isi penting menggunakan beberapa teknik
3.Berbincang untuk mengenal pasti mesej yang terdapat dalam teks yang dibaca.

Pelaksanaan aktiviti :
Berdasarkan aktiviti 2, guru mengedarkan beberapa tajuk penulisan. Guru menerangkan mengenai beberapa teknik untuk menentukan isi penting yang terdapat di dalam penulisan. Secara berkumpulan, murid menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat di dalam penulisan tersebut dengan menggunakan teknik peta minda, 3W1H. SQ3R dan lain-lain lagi. Selepas itu, guru menyuruh pelajar membaca isi-isi penting yang telah di senaraikan untuk dinilai oleh guru.


6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
Contoh aktiviti :
1.Membaca tajuk-tajuk kecil dalam sesebuah buku untuk mendapatkan idea keseluruhan.
2.Menyatakan idea keseluruhan tentang tajuk-tajuk kecil berdasarkan buku yang dibaca.
3.Membaca bahagian pengenalan sesebuah buku untuk mendapatkan gambaran keseluruhan sesebuah buku.
4.Menyatakan maklumat keseluruhan yang terdapat dalam pengenalan sesebuah teks.

Pelaksanaan aktiviti :
Berdasarkan aktiviti 4 guru mengedarkan teks mengenai kemalangan kepada pelajar. Secara individu, guru menyuruh pelajar membaca secara senyap mengenai teks tersebut untuk memahami isi-isi penting dalam penulisan tersebut. Guru bertanyakan kepada beberapa pelajar yang memahami petikan tesebut untuk bangun dan menyatakan maklumat yang terdapat dalam pengenalan terks tersebut. Guru menggabungkan kesemua maklumat tersebut untuk mendapatkan maklumat keseluruhan mengenai pengenalan teks tersebut. Pelajar dapat menyimpulkan bahawa di dalam pengenalan teks mengenai kemalangan terdapat maklumat mengenai apa kemalangan apa yang telah berlaku, tempat kejadian dan tarikh.


6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus
Contoh aktiviti :
1.Menyatakan fakta yang sesuai dengan tajuk.
2.Menyatakan fakta yang munasabah menggunakan teknik KWLH.
3.Murid mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara yang diperlukan daripada pelbagai sumber.

Pelaksanaan aktiviti :
Berdasarkkan aktiviti 1 guru memberikan satu tajuk penulisan seperti pencemaran udara. Murid diminta untuk membaca secara pantas tajuk penulisan tersebut dan menyatakan fakta-fakta yang berkaitan dengan tajuk penulisan tersebut. Murid juga diminta untuk membaca secara imbasan untuk mendapatkan maklumat mengenai teks tersebut.

6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan dalam bahan ilmu.
Contoh aktiviti :
1.Murid diberikan keratan akhbar tentang sesuatu isu.
2.Murid menonton tayangan gambar bahagian pertengahan cerita.
3.Meneliti bahan grafik yang disediakan dan menghubungkaitkan maklumat daripada ramalan.

Pelaksanaan aktiviti :
Berdasarkan aktiviti 2, guru menyediakan satu tayangan cerita yang bermula di pertengahan cerita. Selepas menonton tayangan tersebut, guru menyuruh murid berbincang untuk mendapatkan fakta-fakta yang penting secara berkumpulan. Kemudian, guru menyuruh murid membuat ramalan mengenai pendahuluan dan penutup cerita yang telah mereka tonton.


7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Contoh aktiviti :
1.Membaca petikan syair dan menghuraikan maksud syair yang telah dibaca.
2.Memfrasakan syair tersebut untuk memahami dengan lebih mendalam dan untuk menentukan maksud.
3.Menjalankan aktiviti sumbang saran untuk menyatakan pengajaran yang terdapat dalam syair yang dibaca.
4.Memadankan pembayang dan maksud syair yang telah disediakan.

Pelaksanaan aktiviti :
Berdasarkan aktiviti 3, guru menyuruh murid membaca beberapa syair mengenai budi bahasa. Selepas itu, guru menyuruh murid memahami syair tersebut serta menyatakan mengenai pembayang dan maksud syair tersebut. Apabila murid sudah memahami mengenai syair tersebut, guru menyuruh murid menyatakan mengenai pengajaran yang terdapat di dalam syair yang dibaca secara berkumpulan.

7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa aripada teks sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.

7.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

7.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.

7.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus

7.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan dalam bahan ilmu.


Contoh aktiviti :
1.Membaca dan menghayati isi kandungan teks.
2.Berdiskusi untuk memastikan ayat yang berunsur sedih, gembira, marah dan lain-lain lagi dengan memberikan alasan.
3.Menyatakan alasan yang munasabah terhadap ayat-ayat yang dipilih.

Pelaksanaan aktiviti :
Berdasarkan aktiviti 2, guru memberikan satu petikan mengenai cerita rakyat yang bertajuk “Awang Kerdil”. Guru menyuruh murid membaca secara pantas cerita tersebut dan menerangkan mengenai ayat-ayat yang terdapat di dalam cerita tersebut. Secara berkumpulan, guru menyuruh murid berbincang dan mengenal pasti ayat-ayat yang berunsur sedih, gembira, marah dan lain-lain lagi serta memberikan alasan mengenai ayat yang digunakan.

7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.
Contoh aktiviti :
1.Membaca secara luncuran sesebuah buku dan meramal isi kandungannya
2.Menyenaraikan perkara-perkara yang menarik daripada bahan bacaan.
3.Bercerita dan menyampaikan cerita yang telah dibaca kepada orang lain serta menghuraikan cerita yang telah dibaca.

Pelaksanaan aktiviti :
Berdasarkan aktiviti 3 guru menyuruh pelajar memilih mengenai apa-apa cerita dan membacanya secara pantas dan minimum untuk setiap pelajar membaca ialah tiga buah cerita. Selepas sesi pembacaan, guru menyuruh pelajar menceritakan mengenai apa yang dibacanya kepada orang lain serta menhuraikan cerita tersebut untuk melihat pemahaman pelajar terhadap apa yang dibaca.

No comments: