Wednesday, August 26, 2009

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU TAHUN 2 GIGIH

Tarikh : 15 April 2009
Hari : Ahad
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 2 Gigih
Tajuk : Kenderaan
Subtajuk : Kenderaan awam/kenderaan persendirian
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
 Berbual mengenai pelbagai jenis kenderaan.
 Menulis dan melengkapkan nama kenderaan dengan tepat.
 Membaca dan melafazkan ayat dengan gramatis.

HASIL PEMBELAJARAN
Fokus Utama

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara yang berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1
i) Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

Fokus Sampingan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk
Aras 2
i) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 2
i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi
berdasarkan tanda baca.


SISTEM BAHASA
 Tatabahasa : Kosa Kata, Sistem Ejaan.
PENGISIAN KURIKULUM
 Ilmu : Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral
 Nilai : Kerajinan, Kerjasama, Bertolak-ansur
 KBT : Kemahiran Berfikir
 Kecergasan Pelbagai : Verbal-linguistik

Isi Pelajaran Aktiviti pembelajaran guru dan murid Catatan
Murid mengenali kenderaan Set induksi (8 minit)
 Guru membawa beberapa model kenderaan ke dalam kelas.
 Guru bertanya kepada tentang bagaimana mereka datang ke sekolah.
 Murid memberi respons kepada guru dengan menyatakan kenderaan yang mereka naiki untuk ke sekolah.
 Guru bertanya tentang model-model kenderaan yang dibawa.
 Murid memberi respons dengan tepat.
 Guru bertanya kenderaan yang mereka tahu selain dari model yang dibawa oleh guru.
 Murid memberi respons dengan menyatakan beberapa nama kenderaan yang mereka tahu dengan gramatis. Teknik soal jawab
• Kereta
• Basikal



Langkah 1 (15 minit)
1. Guru mengarahkan murid membentuk beberapa kumpulan.
2. Murid memberi respons dengan mengikut arahan guru.
3. Guru menampal beberapa kad gambar kenderaan pada papan putih serta memberi sekeping kad gambar kenderaan pada setiap kumpulan.
4. Guru meminta murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing tentang nama dan ciri-ciri kenderaan berdasarkan kad gambar yang diberi mengikut kumpulan masing-masing.
5. Murid memberi respons dengan berbincang di dalam kumpulan.
6. Guru meminta wakil dari setiap kumpulan menyatakan nama serta ciri-ciri kenderaan berdasarkan kad gambar kumpulan masing-masing.
7. Murid memberi respons dengan menyatakan nama dan ciri-ciri kenderaan berdasarkan kad gambar masing-masing.
8. Guru memberi penerangan tentang kenderaan awam serta kenderaan persendirian.
9. Murid memberi respons yang baik dengan memberi tumpuan sepenuhnya.
10. Guru meminta murid meletakkan kad gambar di papan putih berdasarkan kotak kenderaan awam atau kenderaan persendirian.
11. Murid memberi respons dengan meletakkan kad gambar dalam kotak yang disediakan.

• Pendekatan induktif
• Kad gambar
• Pengaplikasian pendekatan bahasa berpusatkan murid dan bahan.
• Kaedah natural



• Kemahiran berfikir secara kritis
• Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual

Langkah 2 (15 minit)
1. Guru menampal kad manila kad (permainan bahasa) di papan putih serta memberi kepada setiap murid.
2. Guru meminta murid berbincang di dalam kumpulan untuk melengkapkan perkataan dengan tepat.
3. Murid memberi respons dengan melengkapkan perkataan.
4. Guru meminta wakil dari setiap kumpulan melengkapkan perkataan tersebut di papan putih.
5. Murid memberi respons dengan melengkapkan perkataan tersebut.
6. Guru membina enam ayat mudah di papan putih dan menyediakan tempatkosong untuk dilengkapkan.
7. Murid memberi respons dengan melengkapkan ayat-ayat tersebut. • Kemahiran menulis
• Teknik permainan bahasa


Langkah 3 (15 minit)
1. Bagi setiap kumpulan berdasarkan kad gambar masing-masing, guru meminta membina dua ayat.
2. Murid memberi respons dengan membina dua ayat berdasarkan kad gambar.
3. Guru meminta murid menulis ayat yang dibina di papan putih.
4. Murid memberi respons dengan menulis dua ayat yang dibina di papan putih.
5. Guru meminta wakil dari setiap kumpulan membaca dua ayat yang dibina dengan kuat.
6. Murid memberi respons dengan membaca yang dibina dengan kuat.
• Kemahiran
• membaca•

Menguji kefahaman murid Penutup (7 minit)
1. Guru meminta murid menyatakan beberapa kenderaan awam yang mereka tahu.
2. Murid memberi respons dengan menyatakan beberapa kenderaan awam.
3. Guru memberi latihan pengukuhan untuk kerja sekolah.
• Kemahiran berfikir
• Teknik soal jawab
• Kecerdasan verbal linguistik

No comments: