Saturday, August 29, 2009

PEMULIHAN BIASA, PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN

PERBEZAAN ANTARA PEMULIHAN BIASA, PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN

Lima faktor yang sering dikaitkan dengan masalah pembelajaran ialah faktor pembelajaran, faktor peribadi, faktor kecerdasan, faktor fizikal, dan faktor psikologi.
1.      Faktor Pembelajaran … Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak, strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai, dan bahan bantu mengajar kurang menarik minat murid.
2.      Faktor Peribadi … Kemiskinan (terpaksa bekerja, tiada galakan ibu bapa) dan persekitaran sosial (persekitaran daif dan tidak menggalakkan pembelajaran).

3.      Faktor Kurang Kecerdasan … Murid kurang kecerdasan lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Hal ini berlaku disebabkan, antara lain, keturunan ibu bapa, kelahiran tidak normal seperti tidak cukup bulan, kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan, dan kekurangan makanan yang berzat.

4.      Faktor Fizikal … Hal ini berkait rapat dengan faktor kesihatan dan kekurangan zat makanan. Murid yang kerap sakit tidak hadir ke sekolah dan ketinggalan pelajaran. Mereka yang kekurangan zat makanan cepat letih dan kurang tumpuan terhadap pelajaran.
5.      Faktor Psikologi … Hal ini berkait rapat dengan masalah emosi. Murid yang bermasalah dari segi emosi biasanya mereka mempunyai perasaan takut, benci, pemalu dan rendah diri.
PERBINCANGAN
Kelima-lima masalah yang dinyatakan ini boleh menjadi faktor untuk memulakan satu tindakan pemulihan. Walau bagaimanapun ada banyak masalah pembelajaran yang tidak sesuai ditangani dengan strategi pemulihan seperti ponteng, masalah kehadiran kerana ibu bapa kerap berpindah, murid tidak belajar kerana kekurangan guru, murid terpaksa belajar dalam kelas gabungan, jumlah murid dalam satu kelas terlalu ramai sehingga guru tidak dapat memberi perhatian kepada individu, sekolah banyak terlibat dalam aktiviti luar sehingga menjejaskan jumlah waktu interaksi dengan murid di dalam bilik darjah dan sebagainya.

Mari Mengenal Bunyi

Vokal dan Konsonan
Abjad rumi bahasa Malaysia ada 26 huruf, seperti dalam susunan ABC. Dari 26 huruf ini, ada 5 huruf melambangkan 6 bunyi vokal. Huruf-hurufnya ialah huruf a,e,i,o,u.
a bunyinya /a/ seperti ana
i bunyinya /i/ seperti ini
u bunyinya /u/ seperti ulu
e bunyinya /e/ seperti emak
Juga /e/ seperti lereng
o bunyinya /o/ seperti obor
Huruf e digunakan untuk melambangkan dua bunyi vokal. Sila lihat Kemahiran asas membaca no 4.
Huruf e pepet juga dikenali sebagai e bertanda di atas iaitu e’ dalam ejaan lama atau ejaan Rumi Za’ba (sebelum tahun 1972). Tanda diakritik di atas e pepet [e’] tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang.
Dalam sistem ejaan Rumi, ada 26 huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan (termasuk beberapa bunyi sekunder). 21 daripadanya ialah :
b bunyinya /b/ seperti baba
c bunyinya /c/ seperti cucu
d bunyinya /d/ seperti dada
f bunyinya /f/ seperti fifi
g bunyinya /g/ seperti gigi
h bunyinya /h/ seperti hala
j bunyinya /j/ seperti jala
k bunyinya /k/ seperti kuku
bunyinya /?/ seperti perak
l bunyinya /l/ seperti lala
m bunyinya /m/ seperti mama
n bunyinya /n/ seperti nona
p bunyinya /p/ seperti pipi
q bunyinya /q/ seperti qari
r bunyinya /r/ seperti raga
s bunyinya /s/ seperti susu
t bunyinya /t/ seperti titi
v bunyinya /v/ seperti volvo
w bunyinya /w/ seperti wau
x bunyinya /x/ seperti xelofon
y bunyinya /y/ seperti yu
z bunyinya /z/ seperti zoo
Huruf q digunakan hanya untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya Quran, Aqiqah.
Huruf v pula digunakan untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Contohnya versi, volvo.
Manakala huruf x pula hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z . Contohnya xelofon.

“Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.

        Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.
Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi. 
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.
 
Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.
Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3
 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana

• Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.

• Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
 
• Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan.

Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak 
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

• Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
• Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
• Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
• Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
• Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
• Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
• Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
• Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

Kesan tidak tahu membaca
Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 ½ tahun
• mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
• belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
• kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
• rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
• kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun
• peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
• terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
• perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
• kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
• pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus
• bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
• mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun
• perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
• kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
• corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
• mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
• Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.

2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.

3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.

4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?

Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

KELAS PEMULIHAN

TUJUAN PROGRAM PEMULIHAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (1982) menyenaraikan tujuh tujuan program pemulihan di sekolah rendah. Tujuan-tujuan itu ialah membolehkan murid lambat
1.      menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti alternatif yang bersesuaian dengan mereka,
2.      mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu,
3.      mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi mereka melalui bantuan guru dan pihak-pihak yang berkenaan,
4.      mengembangkan potensi dalam pelajaran dan minat mereka ke taraf yang lebih maju,
5.      mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan di luar bilik darjah,
6.      memperoleh serta mengembangkan sikap percaya kepada diri sendiri dan berdikari apabila berada dalam kumpulan dan masyarakat mereka, dan
7.      meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
      Buku Panduan Program Pemulihan KBSR Tahap I menyatakan objektif utama program pemulihan ialah membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam  kemahiran-kemahiran tertentu, membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran, dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
LATIHAN
Pilih satu daripada tujuan program pemulihan daripada senarai di atas dan bina lima objektif yang dapat mencapai tujuan itu.
PRINSIP PENDIDIKAN PEMULIHAN
1.   Murid lembam boleh mencapai perlakuan normal jika diberi pertolongan yang sesuai.
2.   Pendidikan pemulihan mestilah dijalankan seawal mungkin dan secara berterusan.
3.   Kejayaan pendidikan pemulihan bergantung pada guru yang melaksanakannya.
4.   Pendidikan pemulihan dapat mencegah kesan buruk akibat kegagalan pembelajaran.
PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN
1.   Rancangan pengajaran pemulihan hendaklah dibina dengan teliti dan dilaksanakan secara sistematik.
2.   Pengajaran pemulihan tidak patut dimulakan jika faktor fizikal yang menjadi punca masalah perlu dirawat terlebih dahulu tetapi masih belum dirawat lagi.
3.   Murid perlu selalu diberitahu tentang kemajuan dirinya.
4.   Murid diasingkan dan diajar secara individu oleh guru khas pemulihan. (Dalam konteks pemulihan ringan, murid tidak diasingkan dan diajar oleh guru biasa.)
5.   Bahan baharu yang lebih tinggi arasnya tidak mungkin dipelajari selagi bahan asas belum dikuasai.
6.   Bahan hendaklah melibatkan deria rasa, pendengaran dan penglihatan.
7.   Guru hendaklah membina keyakinan diri murid yang dipulihkan.
LATIHAN
Pilih satu daripada prinsip pendidikan/pengajaran pemulihan di atas. Dengan menggunakan lebih kurang 150 patah perkataan sahaja, huraikan maksudnya.
 
Pelajar orang asli - mereka perlu diberi kelas pemulihan kerana ada kalangan mereka yang tidak tahu membaca walaupun mereka tahun 4.