Wednesday, August 26, 2009

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

KECERDASAN PELBAGAI

Dalam konteks kecerdasan pelbagai, Haward Gardner(1983) mendefinisikan kecerdasan ialah

“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more culture settings.”

Kecerdasan pelbagai bukan sahaja diperluas keluarga kecergasan, malah menjana definisi dan konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda Campbell(1989) , Bruce Campbell(1988( dan Dee Dickinson(1989) melihat dan merumus definisi Haward Gardner(1983) sebagai kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Oleh sebab kecerdasan pelbagai dikaji dan diminati ramai, maka melibatkan pelbagai pembahagian dengan pelbagai istilah yang merujuk kepada perkara yang sama dalam dimensi yang berlainan. David G. Lazear (1983) telah mempermudah kecerdasan pelbagai dengan memperkenalkan kecerdasan pelbagai sebagai “Seven Ways of Teaching” dan seterusnya sebagai “ Seven Pathways of Learning”. Thomas Armstrong (1998) memberi tumpuan kepada jenis kecerdasan pelbagai berdasarkan inventori iaitu inventori ogic stic, ogic-matematik, ruang, kinestetik-badan, muzik, interpersonal, dan intrapersonal. Armstrong juga kreatif menyesuaikan istilah kecerdasan pelbagai sebagai “Armstrong’s Multiple Intellingences Pizza” iaitu ogic kata, ogic, gambar, badan, muzik, orang dan diri.

Elaine Winter (1998) pula menggunakan asas kecerdasan pelbagai dalam konteks gaya atau cara pembelajaran dengan memberikan tumpuan kepada indera bermain seperti bermain denga kata, bermain dengan soalan dan perkaitan, bermain dengan gambar, bermain dengan muzik, bermain dengan pergerakan, bermain dengan kegiatan sosial dan bermain sendirian.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), dalam buku bertajuk Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pengajaran, mengatakan terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan ogic-matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, dan kecerdasan naturalis.

Kecerdasan verbal-linguistik ialah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, menyakinkan orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri. Kecerdasan ogic-matematik pula ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.

Selain daripada itu, terdapat juga kecerdasan visual-ruang iaitu bermaksud kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Selain itu, terdapat juga kecerdasan kinestetik dalam kecerdasan pelbagai iaitu kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.

Kecerdasan muzik pula ialah kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempoh dalam melodi dengan mudah. Disamping itu, kecerdasan interpersonal ialah kobolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek. Terdapat juga kecerdasan intrapersonal iaitu kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama ada berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga membantu individu menangani perasaan, beradap sopan, serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.

Kecerdasan yang terakhir ialah kecerdasan naturalis bermaksud kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian, dan binatang, termasuk rumput dan batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan ini juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pekaian dan makanan.

Kecerdasan pelbagai pelbagai perlu diaplikasikan dalam pengajaran kerana dapat menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Disamping itu, kemahiran ini dapat menghasilkan pelajar yang seimbang, model kecerdasan pelbagai membantu murid memperoleh apa yang perlu untuk hidup di abad akan datang.

Kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran kerana pelajar dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Kecerdasan pelbagai membantu guru memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk belajar denga cara yang lebih selesa jika cara ini digunakn.

Selain itu, kemahiran ini dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. Daripada kecerdasan pelbagai, murid dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pmbelajaran yang menyeronokkan. Apabila guru menggunakan kemahiran ini, kecergasan pelbagai dapat meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika kemahiran ini digunakan dalam pengajaran di sekolah, suasana kolaboratif dapat diwujudkan di sekolah. Kecerdasan pelbagai dapat mewujudkan sekolah yang menerima dan menghargai perbezaan dalam kelangan murid dan juga guru. Guru dapat merancang secara kolaboratif dengan menggunakan kerangka kecergasan pelbagai untuk menyediakan kurikulum yang diperkayakan dan penuh dengan ransangan (enriched environment)

KEMAHIRAN BERFIKIR

Menurut Johnson (2000), beliau menyatakan kemahiran berfikir adalah apa sahaja proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas yang kemudiannya digunakan untuk memandu pemikiran. Contohnya, membuat inferens atau andaian adalah proses kognitif yang terlibat dalam kebanyakan kurikulum yang standard. William W. Wilen (1994) pula mentafsirkan pemikiran sebagai proses dalaman yang pantas, sama ada secara sedar atau tidak sedar, terhadap ransangan luar yang diterima melalui deria. Di dalam proses ini, data baru akan disimpan melalui cara pemadanan, perbandingan dan klasifikasi dengan maklumat atau pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan,

Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan perlaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni dan Kajian Tempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan (JNSP;1998). Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai penggunaan symbol, gambar, perkataan, pengamatan dan konsep. Melalui pemikiran, rangsangan luar yang diterima oleh deria akan ditafsir dengan penggunaan perkataan atau symbol untuk membentuk konsep terhadap rangsangan tersebut.

Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat memperluaskan pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran. Penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.

Mengikut Mayer (1977), beliau menyatakan berfikir ini melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Fraenkel (1980) pula berkata, berfikir ini merupakan pembentukan idea, pembetukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

Dalam kurikulum kemahiran berfikir secara kreatif dan kritif, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis banyak digunakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab.

Mok Soon Sang (2005) mengatakan bahawa terdapat beberapa jenis kebolehan yang boleh di kategorikan sebagai pemikiran kritis termasuklah membanding dan membeza (compare and contrast), membuat ketegori (categorization), menerangkan sebab akibat (cause and effect), meniliti bahagian dan hubungan bahagian yang kecil dengan keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferensi.

Mengikut rujukan dalam www.localhost_kemahiran_berfikir.com, kemahiran berfikir secara kreatif pula didefinisikan sebagai kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea yang baru, kemungkinan yang baru, ciptaan yang baru berdasarkan kepada keaslian dalam penghasilannya. Ia boleh diberikan dalam bentuk idea yang nyata ataupun abstrak. Kebolehan berfikir secara kreatif ini boleh dilihat dalam contoh-contoh seperti mencipta idea yang baru, mencipta analogi dan metafora. Kedua-dua kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini adalah bertujuan untuk menolong atau membantu seseorang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dapat membantu mempertingkatkan komitmen, menambah ilmu dan membina kemahiran berfikir serta berkomunikasi.

Apabila di sekolah, kemahiran berfikir diajar kepada pelajar-pelajar melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir dapat mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Kemahiran berfikir juga dapat menpertingkatkan keupayaan mental dan mengasuh mentaliti positif dalam menjana keputusan dan menyelesaikan masalah. Apabila seseorang berfikir terlebih dahulu masalah-masalah yang dihadapi, individu tersebut tidak akan bertindak terburu-buru dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, kemahiran berfikir dapat meningkatkan pemikiran individu serta merealisasikan wawasan 2020.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, Poh Swee Hiang (2000) merumuskan bahawa guru harus menggunakan strategi berfikir iaitu proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi langkah-langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif untuk mengkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Selain itu, guru harus mengaplikasikan kemahiran berfikir menaakul kerana dapat membantu guru untuk membuat keputusan yang logik dan rasional terhadap semua permasalahan yang dihadapi olehnya.


KAJIAN MASA DEPAN

Menurut Mok Soon Sang (2004), dalam bukunya, Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, beliau menyatakan pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan bertujuan untuk mendidik generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Kajian Masa Depan akan membantu generasi ini menyedari bahawa masa depan pasti berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan.

Pengajaran Masa Depan membolehkan murid menangani cabaran sebagai ahli masyarakat global yang berperanan aktif pada masa depan. Terdapat empat prinsip atau rasional Kajian Masa Depan diperkenalkan di sekolah iaitu prinsip perubahan, prinsip pandangan jauh, prinsip perancangan strategik, dan prinsip pengupayaan. D. L. Kauffman (1976) mengatakan bahawa :

“…What we can and must do is to give our students an understanding of the most important issues, problems and opportunities they may face, teach them the skills they will need to continue to look ahead on their own ; and prepare them to cope successfully with the dislocations and stresses of rapid change…”

Mengikut Umar Alkhatab (Kementerian Pelajaran Malaysia;Jun 2002) mengatakan “Berilah pendidikan kepada anak-anak kamu yang dilahirkan untuk zaman lain daripada zaman kamu”. Dalam dunia sekarang, terdapat banyak perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya berdasarkan asas untuk membuat keputusan dan merancang. Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia semakin dekat. Kajian yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran berpandangan jauh ini memberi perlindungan daripada kesan-kesan tersebut. Selain itu, berpandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum krisis berlaku. Sekiranya krisis itu masih berlaku, seseorang masih berupaya menangani perubahan dan kesan daripada krisis tersebut.

Pengajaran masa depan membolehkan murid menghadapi kekangan-kekangan pada masa depan. Mereka diperkenalkan dengan prinsip perancangan strategik. Bayangan dan andaian tentang masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh itu, bayangan dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara strategik untuk mencapai masa depan yang diingini. Selain itu, remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan tentang masa depan mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran perancangan strategik, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.

Menurut Arbak Othman (1983), beliau menyatakan penjelasan nilai dan masa depan melibatkan murid mengkaji tanggungjawab masyarakat dan sekolah tentang hak dan keperluan generasi akan datang. Proses mengajar murid berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni yang boleh memandu tindakan atau pilihan masa sekarang supaya meninggalkan kesan positif pada generasi akan datang. Murid akan memilih nilai-nilai yang akan memberi keyakinan kepada mereka untuk memilih masa depan yang diingini. Teknik penjelasan nilai dan masa depan membolehkan murid berfikir tentang nilai-nilai murni yang diamalkan pada masa sekarang. Ini boleh memberi kesan positif terhadap masyarakat akan datang.

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Barbara Means (1994) menyatakan ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Panel Jurulatih Utama ICT Negeri Selangor menyatakan kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod. Patric Suppes (1993) menyatakan ICT digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pembelajaran dan pengajaran.

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk bertujuan komunikasi seperti menghantar e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan hariandan mengakses maklumat melalui internet. Kemahiran ini melatih murid-murid supaya cerdas dalam menggunakan teknologi komputer terkini dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran.

Berdasarkan pendapat Robert M Gaghe (1995), kemahiran ini perlu dikuasai sejajar dengan perkembangan konsep “world class education”. Tujuan guru mengajar kemahiran ini ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Guru yang hendak mengajar kemahiran ini perlu memastikan sekolah mempunyai kemudahan makmal komputer, bilik media, bilik Internet, dan bilik studio (video conferencing). Dalam mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru mesti menggunakan cara penilaian “ on-going” dan “on-line”. Brown (1994), Perkins (1992), Mclnerney & Mclnerney (1998) mengatakan dalam pengajaran dan pembelajaran, murid saling mempelajari dan membantu sesame mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama.

Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membolehkan murid memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran autentik serta guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid. Selain itu, murid juga dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran. Dalam kelas, guru dikehendaki membantu murid mengurangkan beban mereka akibat tugasan yang tidak seberapa penting. Untuk murid yang mahir menggunakan perisian pemproses perkataan dapat menampilkan kerja kursus atau tugasan dengan lebih menarik dan lebih efisen.

Berdasarkan pernyataan Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, dalam bukunya, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), beliau menyatakan ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi seperti pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan , pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti yang berkaitan dengan Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

Mok Soon Sang (1998) menyatakan terdapat beberapa kelebihan menggunakan ICT untuk pembelajaran penerokaan iaitu memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Selain itu, ICT dapat mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran serta dapat memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Selain itu, ICT dapat memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivisme, kecerdasan pelbagai dan lain-lain.

KEMAHIRAN FASILITATOR

Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh dalam bukunya, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)(1998), beliau menyatakan kemahiran pemudahcaraan ialah satu kemahiran yang amat penting dan sesuai untuk aktiviti perbincangan. Kemahiran pemudahcaraan merupakan satu proses yang memudahkan sesuatu perbincangan. Dari segi pendidikan, kemahiran pemudahcaraan adalah satu proses yang menggerakkan aktiviti pembelajaran. Seorang pemudahcara juga disebut sebagai seorang fasilitator. Perkataan “facilitate” bermaksud memudahkan dan menyenangkan pelancaran sesuatu proses.

Wrenn (1951) mengatakan bahawa fesilitator ialah sesuatu hubungan yang dinamik dan bertujuan di antara dua manusia. Selain itu, Patterson(1967) dalam bukunya The Conselor in the School, menjelaskan bahawa fasilitator ialah suatu proses yang melibatkan perhubungan di antara seorang terapis dengan seorang pelajarnta.Terapis menggunakan kaedah-kaedah psikologi berdasarkan kepada pengetahuan yang sistematik mengenai personaliti dalam usaha memperbaiki kesihatan mantal pelajar.

Berdasarkan Blocher (1974) , beliau mengatakan fasilitotor merupakan suatu proses menolong individu supaya lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana dia bergerak balas kepada pengaruh alam sekelilingnya. Perry (1955) pula menyimpulkan bahawa fesilitator ialah mengenai menolong individu bagaimana dia boleh menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya.

Peranan utama dalam kemahiran pemudahcaraan ialah sebagai seorang fasilitator yang membimbing, memotivasikan serta menggerakkan murid sama ada secara individu atau kumpulan. Sebagai seorang pemudahcara, guru harus membekalkan bahan pengajaran dan alat tulis, menunjukkan soalan-soalan yang menggalakkan murid untuk berfikir serta mendorong mereka untuk mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif.

Guru juga mesti ada kemahiran pemudahcaraan untuk mengawal disiplin kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar. Sebagai seorang fasilitator, guru perlu memastikan yang aktiviti kumpulan dan pembelajaran berjalan dengan sistematik dan terurus dengan memberikan arahan untuk murid-murid memulakan tugasan.

Dalam kemahiran ini, peranan guru kurang dititikberatkan sebaliknya peranan murid lebih diutamakan. Dalam kemahiran ini, guru sebagai “guide” dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melicinkan segala proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Komponen-komponen yang terdapat dalam kemahiran pemudahcaraan ialah guru perlu menentukan struktur perbincangan dan guru menggunakan teknik memulakan perbincangan. Selain itu, guru perlu membimbing murid merumus dan membuat cadangan pada penghujung sesuautu sesi pemudahcaraan serta guru menggunakan teknik mengawal proses perbincangan.

Dalam kemahiran ini terdapat juga beberapa kelebihan seperti murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan murid telah bersedia lebih awal untuk belajar. Apabila guru menggunakan kemahiran fasilitator ini, guru boleh menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan. Kelemahan pengajaran dengan menggunakan kemahiran pemudahcaraan ialah murid kurang berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru.

2 comments:

Anonymous said...

minta izin untuk ambil maklumat dari blog ni... sangat2 berguna dan bermanfaat.

Cekgu Dilah - Syafiq said...

tq kak linam...may Allah blessing u =)