Saturday, August 29, 2009

KELAS PEMULIHAN


TUJUAN PROGRAM PEMULIHAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (1982) menyenaraikan tujuh tujuan program pemulihan di sekolah rendah. Tujuan-tujuan itu ialah membolehkan murid lambat
1.      menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti alternatif yang bersesuaian dengan mereka,
2.      mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu,
3.      mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi mereka melalui bantuan guru dan pihak-pihak yang berkenaan,
4.      mengembangkan potensi dalam pelajaran dan minat mereka ke taraf yang lebih maju,
5.      mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan di luar bilik darjah,
6.      memperoleh serta mengembangkan sikap percaya kepada diri sendiri dan berdikari apabila berada dalam kumpulan dan masyarakat mereka, dan
7.      meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
      Buku Panduan Program Pemulihan KBSR Tahap I menyatakan objektif utama program pemulihan ialah membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam  kemahiran-kemahiran tertentu, membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran, dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
LATIHAN
Pilih satu daripada tujuan program pemulihan daripada senarai di atas dan bina lima objektif yang dapat mencapai tujuan itu.
PRINSIP PENDIDIKAN PEMULIHAN
1.   Murid lembam boleh mencapai perlakuan normal jika diberi pertolongan yang sesuai.
2.   Pendidikan pemulihan mestilah dijalankan seawal mungkin dan secara berterusan.
3.   Kejayaan pendidikan pemulihan bergantung pada guru yang melaksanakannya.
4.   Pendidikan pemulihan dapat mencegah kesan buruk akibat kegagalan pembelajaran.
PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN
1.   Rancangan pengajaran pemulihan hendaklah dibina dengan teliti dan dilaksanakan secara sistematik.
2.   Pengajaran pemulihan tidak patut dimulakan jika faktor fizikal yang menjadi punca masalah perlu dirawat terlebih dahulu tetapi masih belum dirawat lagi.
3.   Murid perlu selalu diberitahu tentang kemajuan dirinya.
4.   Murid diasingkan dan diajar secara individu oleh guru khas pemulihan. (Dalam konteks pemulihan ringan, murid tidak diasingkan dan diajar oleh guru biasa.)
5.   Bahan baharu yang lebih tinggi arasnya tidak mungkin dipelajari selagi bahan asas belum dikuasai.
6.   Bahan hendaklah melibatkan deria rasa, pendengaran dan penglihatan.
7.   Guru hendaklah membina keyakinan diri murid yang dipulihkan.
LATIHAN
Pilih satu daripada prinsip pendidikan/pengajaran pemulihan di atas. Dengan menggunakan lebih kurang 150 patah perkataan sahaja, huraikan maksudnya.
 
Pelajar orang asli - mereka perlu diberi kelas pemulihan kerana ada kalangan mereka yang tidak tahu membaca walaupun mereka tahun 4.

No comments: