Saturday, August 29, 2009

PEMULIHAN BIASA, PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN


PERBEZAAN ANTARA PEMULIHAN BIASA, PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN

 

 

Lima faktor yang sering dikaitkan dengan masalah pembelajaran ialah faktor pembelajaran, faktor peribadi, faktor kecerdasan, faktor fizikal, dan faktor psikologi.
1.      Faktor Pembelajaran … Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak, strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai, dan bahan bantu mengajar kurang menarik minat murid.
2.      Faktor Peribadi … Kemiskinan (terpaksa bekerja, tiada galakan ibu bapa) dan persekitaran sosial (persekitaran daif dan tidak menggalakkan pembelajaran).


3.      Faktor Kurang Kecerdasan … Murid kurang kecerdasan lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Hal ini berlaku disebabkan, antara lain, keturunan ibu bapa, kelahiran tidak normal seperti tidak cukup bulan, kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan, dan kekurangan makanan yang berzat.

4.      Faktor Fizikal … Hal ini berkait rapat dengan faktor kesihatan dan kekurangan zat makanan. Murid yang kerap sakit tidak hadir ke sekolah dan ketinggalan pelajaran. Mereka yang kekurangan zat makanan cepat letih dan kurang tumpuan terhadap pelajaran.
5.      Faktor Psikologi … Hal ini berkait rapat dengan masalah emosi. Murid yang bermasalah dari segi emosi biasanya mereka mempunyai perasaan takut, benci, pemalu dan rendah diri.
PERBINCANGAN
Kelima-lima masalah yang dinyatakan ini boleh menjadi faktor untuk memulakan satu tindakan pemulihan. Walau bagaimanapun ada banyak masalah pembelajaran yang tidak sesuai ditangani dengan strategi pemulihan seperti ponteng, masalah kehadiran kerana ibu bapa kerap berpindah, murid tidak belajar kerana kekurangan guru, murid terpaksa belajar dalam kelas gabungan, jumlah murid dalam satu kelas terlalu ramai sehingga guru tidak dapat memberi perhatian kepada individu, sekolah banyak terlibat dalam aktiviti luar sehingga menjejaskan jumlah waktu interaksi dengan murid di dalam bilik darjah dan sebagainya.

No comments: